Powered By Blogger

Sunday, May 23, 2010

YA ALLAH ! APA DOSAKU SEHINGGA AKU DISEKSA OLEH MEREKA


" Wah alangkah indahnya alam ini, pertama kali aku memandang cahaya matahari, aku melihat alam luas berwarna warni, ada warna kuning, hijau, biru, dan putih dan hitam."

Warna hitam memang aku kenal sejak dari dulu, aku cukup gembira menghirup udara yang segar, aku lihat ibuku sambil menangis memangku aku seorang diri, oh inilah ibuku, ibu sangat cantik ibu, ibu sangat baik terhadapku. terima kasih ibu kerana melahirkan ku. wahai ibu, tanpamu aku tak akan melihat dunia indah ciptaan Allah ini, ibu. Tanpamu aku tak akan pernah tahu adanya udara ciptaan Allah."

Ibu bingkas meninggalkanku seorang diri di satu tempat. Aku tidak tahu dimana tempat ini, aku nampak plastik, kertas, tong kecil dan besar disisiku. Aku nampak air yang kotor mengalir di sekelilingku. Aku pandang ibu, aku tidak tahu kenapa ibu pergi. "Ibu, aku kesejukan ibu". namun, ibu terus pergi semakin menjauh dari sisiku. "Ibu, aku kesejukan ibu, jangan tinggalkan aku, aku tak boleh urus diriku sendiri wahai ibu".

Tubuhku yang tadinya dipeluk ibu, dicium ibu, kesejukan dan kedinginan. Ibu, tolong aku wahai ibu, aku kesejukan, aku lapar, tolong ibu, aku takut ibu, tolong aku ibu. Aku hanya mampu menangis, aku ingin beritahu ibu, aku lapar, aku kedinginan, aku ingin ibu peluk dan ciumku dengan penuh kasih sayang... tapi kenapa ibu tak kunjung tiba.... mengapa ibu tidak memberikan aku susu. aku lapar ibu...

" Mengapa lama sangat engkau pergi wahai ibu, aku lapar ibu, aku kesejukan ibu". Tiba-tiba aku dengar sesuatu bergerak berhampiranku, Aku harap ibu datang untuk menyelimutiku, untuk menghilangkan kedinginanku, untuk menghilangkan kelaparanku... Tetapi kenapa suaranya bukan seperti ibu yang pernah ku dengar, aku dengar bunyi menyalak, aku dengar bunyi berlarian. akhirnya aku terlihat sesuatu yang aku belum pernah lihat sebelum ini. giginya tajam, berkaki empat, aku kira ia datang untuk memberiku makan. Aku menangis sambil memerhatinya mohon balas simpatinya. mereka datang ke arahku. mereka semakin hampir. kasih sayang yang ku impikan, tetapi yang ku dapati ialah rasa perit dan pedih tangan kecilku, aku meraung namun aku tidak mampu bangkit, kini kepalaku pula yang ku rasakan perit, tolong aku wahai ibu, mereka bukan makhluk yang baik sepertimu ibu, aku kesakitan ibu, tolong !. Aku harap kau datang ibu, mereka menyeksaku ibu. Ibu, cepat datang ibu, aku perlukan mu wahai ibu... mereka koyakkan telingaku.. satu, dua, tiga, empat dan banyak lagi datang mengerumuniku... ibu... tolong ibu, aku semakin lemah. dari subuh tadi belum makan dan kedinginan tanpa selimut. kini aku diseksa.. aku bertanya apakah salahku... Apa salahku ibu. dan akhirnya.....................

Ini adalah cerita karanganku tentang rintihan anak yang di tinggalkan oleh ibunya ditepi sampah dan akhirnya mati digigit oleh anjing-anjing liar yang berkeliaran... Aku cukup sedih dengan peristiwa jahiliah yang kembali bermaharajalela di zaman moden ini. Berapa ramai orang yang telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan zuriat. tetapi ada pula golongan yang hanya tahu melahirkan anak tetapi tidak tahu memelihara anak. malah ada anak yang dibunuh dan diseksa.

kalau dahulu kaum kafir jahiliah menanam anak hidup-hidup, sekarang ini lantaran terlalu moden anak telah dibunuh sebelum lahir ke dunia, kadang-kadang dibuang ditong-tong sampah, ditandas, dilongkang, dan ada juga yang dikubur hidup-hidup... tak kasihankah kepada anak-anak tak berdosa sehingga diperlakukan demikian. Tak takutkah mereka kepada azab Allah...


Didunia mungkin seseorang akan dapat mengelak dari tindakan undang-undang. tetapi di akhirat, di hadapan pengadilan Tuhan Rabbul Jalil, sesiapapun tidak mampu mengelaknya. Malaikat pencatat amalan baik dan buruk siap dengan gambar video kita sepanjang hidup didunia, ditambah dengan persaksian tubuh badan sendiri. Kita akan diadili seadil-adilnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan barang siapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka Jahannam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya" (an-Nisa': 93).

Malah, kejinya perbuatan membunuh juga dapat dilihat dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Tidak halal darah seorang Muslim (haram membunuhnya) kecuali disebabkan berlakunya salah satu daripada tiga perkara: kafir setelah beriman (murtad), zina setelah berkahwin, membunuh jiwa tanpa jiwa (membunuh tanpa alasan yang benar)".

Pengguguran janin dan pembuangan bayi yang semakin membarah hari ini adalah punca daripada perbuatan zina dan campur gaul tanpa batasan antara lelaki dan wanita serta hilangnya rasa tanggungjawab dan rasa hormat terhadap wanita pada tahap yang sepatutnya, dan juga kesan daripada tandusnya penghayatan ilmu agama dalam masyarakat.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama-sama menangani isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial , perbuatan mendekati zina yang semakin mengancam keamanan masyarakat dan menjadi semakin parah seperti penyakit barah terutama isu-isu masalah zina dan rogol.

Antara sabda Nabi yang selayaknya menjadi pedoman orang beriman dulu, sekarang dan selamanya ialah: "Setiap kamu adalah pemimpin (yang mempunyai tanggungjawab masing-masing), maka setiap orang akan ditanya mengenai rakyatnya (orang atau tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya)" (hadis muttafaq 'alaih).
Antara cara untuk elakkan perkara-perkara sebegini terjadi ialah

1. Elakkan zina,

2. berkahwinlah ikut syariat Islam

3. kukuhkan institusi kekeluargaan

4. Wujudkan iklim Diini dalam keluarga

5. Perbanyakkan tazkirah-tazkirah dan risalah-risalah keagamaan

6. Tindakan tegas ke atas orang yang bersalah

Wednesday, May 19, 2010

PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN IMAN

Banyak perbuatan kita yang selama ini kita telah lakukan sering bersangkutpaut dengan amalan kehidupan harian kita. Kadangkala ia menjadi bahan gurau senda di kalangan masyarakat yang mengaku dirinya Islam. Berikut adalah perkara-perkara yang kita mesti perhatikan kerana ia boleh membatal dan merosakkan iman kita :
1. Syirik kepada Allah.
Syirik bererti menyembah selain Allah. Sembahan tersebut adalah dalam bentuk yang nyata atau yang tidak nyata seperti penyembahan patung, wang ringgit, harta benda, manusia, syaitan dan juga hawa nafsu.
Firman Allah s.w.t.; Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan dengan kezaliman mereka itulah yang mendapat ke amanan dan mereka itu mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. ( s. al Anam 82)
2. Tidak ikhlas.
Melakukan amal saleh tanpa keikhlasan kepada Allah boleh menyebabkan keimanan menjadi lemah dan akhirnya hilang. Allah tidak menerima amal yang tidak ikhlas atau yang tidak mencari keredhaanNya.
Firman Allah s.w.t.; Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya lagi tetap teguh di atas tauhid dan supayA mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. ( s. al Bayyinah 5)
Sabda Nabi s.a.w.; Allah s.w.t. tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah s.w.t. hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (HR Muslim)

3. Ragu-ragu (tidak yakin).
Tidak yakin dengan al Qur'an atau pertolongan Allah, atau pemeliharaan Allah atau kebaikkan-kebaikan yang Allah akan kurniakan kepada orang beriman yang beramal-saleh akan menyebabkan iman menjadi lemah dan akhirnya hilang.
Firman Allah s.w.t.; Dan di antara manusia itu ada orang-orang yang menyembah Allah dengan berada di pinggir (tidak dengan penuh keyakinan atau ragu-ragu) hingga jika ia beroleh kebajikan tetaplah ia dalam keadaan itu dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana berbaliklah ia ke belakang, rugilah ia dunia dan akhirat, yang demikian itu adalah kerugian yang nyata. (s. al Haj 11)
Firman Allah : Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman atau kafir) tidak masuk kepada gulungan ini (orang-orang beriman) dan tidak pula kepada golongan itu (orang kafir), maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan untuk memeberi petunjuk baginya. (s. an Nisa'143)
4. Mencampuri orang zalim.
Mencampuri orang zalim dengan niat menyetujui apa yang mereka lakukan atau mengikuti dengan rela hati apa yang mereka lakukan akan merosakkan keimanan yang telah Allah kurniakan.
Firman Allah s.w.t.; Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang akan menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (s. Huud 113)
5. Kecewa dan putus asa.
Sifat kecewa atau putus asa bererti tidak yakin dan tidak redha dengan ketentuan Allah. Sebaliknya kegagalan yang dialami hendaklah dihadapi dengan penuh kesabaran, keredhaan serta banyak memohon keampunan dariNya.
Firman Allah s.w.t; Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu kami cabut daripadanya, pasti dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. (s. al Huud 9)
6. Mentaati orang kafir, fasiq dan munafiq.
Orang beriman dilarang dari mentaati orang kafir, fasiq atau munafiq pada perkara-perkara yang yang jelas dilarang oleh Allah seperti yang dinyatakan di dalam al Qur'an dan al Hadis. Di antaranya ialah memilih mereka menjadi pemimpin untuk masyarakat yang beragama Islam.
Firman Allah s.w.t.; Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi. ( s. Ali Imran 149)
Firman Allah : Dan janganlah kamu menuruti orang-orang yang kafir dan orang-orang munafik itu, janganlah kamu hiraukan gangguan mereka dan bertawakkallah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pelindung. (s. Al Ahzab 48)
7. Mengikuti langkah-langkah syaitan.
Mengekalkan akhlak yang tercela seperti bersifat sombong, angkuh, bakhil, tidak ikhlas, tidak amanah serta tidak berusaha untuk membaiki diri (membuang sifat-sifat tersebut) adalah mengikuti langkah-langkah syaitan. Syaitanlah yang akan menjadi pembimbing dan penentu arah kehidupannya sehingga akhirnya keimanannya akan musnah.
Firman Allah s.w.t.; Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar... ( s. An Nuur 21)
8. Mengambil selain Allah dan Rasul.
Apabila orang yang beriman mengenepikan al Qur'an dan al Hadis Nabi Muhammad s.a.w. secara sengaja dalam menjatuhkan hukuman atau keputusan atau tindakannya bererti dia telah mendurhakai Allah dan RasulNya.
Firman Allah s.w.t.; Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada baginya pilihan yang lain tentang urusan merekaa. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata. (s. al Ahzab 36)
9. Meninggalkan jihad.
Jihad bererti berusaha untuk meninggikan Kalimah Allah di atas muka bumi ini dalam bentuk yang begitu luas. Di antaranya ialah berdakwah tentang keimanan dan Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Meninggalkan jihad tersebut bererti kita tidak cintakan Allah dan rasulNya.
Firman Allah s.w.t.; Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakn, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. ( s. at Taubah 24)

10. Khianat.
Berlaku khianat bererti kita mendedahkan rahsia kita kepada musuh kita, atau meninggalkan amanah yang telah diserahkan kepada kita dengan sengaja.
Firman Allah s.w.t.; Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasulnya, dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu, sedang kamu mengetahui… ( s. al Anfal 27-28)
Sebagai kesimpulannya, Marilah kita berusaha menghindari perkara-perkara ini selagi nyawa dikandung badan. Apabila jasad terbujur kaku tidak bernyawa maka tidak ada lagi peluang untuk kita memperbaiki diri terutama iman kita yang cukup berharga.

Monday, May 10, 2010

BERHATI-HATILAH KERANA RIYA' BOLEH MENJADI SYIRIK

Riya' adalah sifat yang tercela, ia sangat membahayakan perjalanan seorang (pejalan menuju Allah), kerana boleh menghapuskan nilai ibadahnya. Bahkan riya' dikategorikan syirik khafi (tersembunyi)

Hasrat seseorang untuk mendapatkan sesuatu dari makhluk, merupakan asas kewujudan riya' yang dapat mengotori niat ibadah seseorang. Riya' juga dapat membuat seseorang jadi munafik bahkan menjadi musyrik. Kerana itu kita mestilah berhati-hati dengan sifat riya' yang sangat merbahaya.

“Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali (An Nisaa': 142)

Setiap manusia mempunyai kecenderungan ingin dipuji, dan keinginan itu merupakan proses pembentukan riya' dalam diri seseorang. Sifat riya' sangat lembut dan halus, bagaikan gumpalan asap yang memenuhi jiwa dan mengalir kesegenap pembuluh darah, implikasinya dapat menutup pandangan akal dan iman seseorang. Bila sifat itu dibiarkan berkembang mewarnai hidupnya, maka sudah dapat dipastikan, tidak mampu membendung riya' menjelma jadi syirik.
Sabda Nabi saw. yang diriwayatkan oleh Az-Zahabi.
“Maka takutlah kamu sekalian akan riya', karena sessungguhnya riya' itu adalah menyekutukan (syirik) kepada Allah.
Sifat riya' sangat berbahaya bagi orang yang menjalankan ibadah, kerana ia menyusup ke celah-celah niat. Sedangkan kita tahu niat merupakan pangkal dari murni atau tidaknya sesuatu ibadah. Bila amal ibadah seseorang tidak mencerminkan kemurnian (keikhlasan), akan sia-sia. Sebab, Allah tidak pernah menyuruh hamba-hamba-Nya untuk berbuat ibadah, kecuali yang dilandasi dengan niat yang ikhlas (murni). Sesungguhnya setiap amal ibadah seorang hamba, tidak dilihat dari aspek lahiriahnya, tetapi dinilai dari aspek jiwa dan hatinya, yaitu niat yang ikhlas.
Sesiapa mencampur adukkan niat ibadahnya dengan keinginan hawa nafsunya. nescaya akan gugurlah segala amal ibadahnya. Mengapa masih mengharap sesuatu selain Allah.

“Maka perumpamaan orang (yang beramal serta riya') itu seperti batu licin yang diatasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, Allah menjadikan dia bersih (tidak bertanah) (Al Baqarah : 264 )

Mengapa harus mencari pujian dan sanjungan dari makhluk. Bukankah setiap perbuatan yang bersifat baik dan terpuji, dengan sendirinya pasti dipuji dan disanjung. Begitu pula sebaliknya, setiap perbuatan yang tercela, walau berusaha mencari pujian dan sanjungan, tetap akan tercela. Yang pastinya, Allah tidak menerima amal ibadah yang disertai riya'. Kerana Allah Zat Yang Suci. Seseorang yang mengharap perjumpaan dengan-Nya, hendaklah memakai pakaian yang suci zahir dan batin.
Kerana itu, barangsiapa beribadah mencari selain Allah, seperti mengidamkan populariti, mengharap pujian dan sanjungan orang lain, Allah S.W.T. tidak peduli pada amal ibadah orang-orang yang bersifat riya'.
Perlu ditekankan, Allah tidak ingin “dimadu" (didua-kan). Allah adalah Zat yang Maha Esa. Ia tidak perlukan amal ibadah seorang hamba yang menduakan-Nya. Siapa pun mengerjakan ibadah yang disertai riya, bererti telah menyekutukan Allah atau telah berbuat syirik.
Myprospectonline.blogspot

Friday, May 7, 2010

ISLAM AGAMA DAMAI


Setiap hari kita disajikan dengan berita yang menyatakan keganasan orang Islam. Islam sebenarnya agama yang sukakan kedamaian... Pengertian Islam itu sendiri ialah "Selamat", dan "sejahtera", serta damai. Saya cabar orang yang mengatakan bahawa islam itu agama yang sukakan keganasan, kejahatan dan sebagainya. Carilah satu dalil dan nas dari al Quran dan Hadis yang menyuruh agar penganut Islam disuruh oleh Allah untuk melakukan kejahatan... Sehingga hari kiamatpun tidak akan didapati satu ayatpun dalam al Quran dan hadis rasul yang menyuruh umat Islam melakukan kejahatan... Orang bukan Islam sering disajikan dengan bukti-bukti yang tidak wajar samada di media-media cetak, internet dan sebagainya... Memang benar terdapat umat Islam ada yang menjadi pengebom berani mati. sebab apa, kerana ketidakpuasan hati mereka dengan barat terutama Amerika yang tidak adil dan selalu membantu Israel menentang orang Islam... Britain juga selalu membantu orang Israel... sebab itu mereka melakukan protes dengan mengebom kepentingan-kepentingan Amerika dan orang kafir di seluruh dunia... Memang tidak dinafikan ramai juga orang bukan Islam yang baik.... Dan umat Islam tidak bermusuh dengan mereka ini... bahkan ada ayat dalam al Quran yang menyuruh agar orang Islam melayani orang bukan Islam dengan baik... tetapi mengapa masih ada keganasan yg dilakukan oleh orang Islam ke atas orang bukan Islam... Jawapannya ialah.. kerana :

1. Mereka marah dan benci dengan orang Barat yang kebanyakannya Kristian sebagaimana orang Barat Kristian marah dan benci dengan orang Islam.
2. Orang Islam kurang kefahaman dalam agama sendiri.... dan ini bukan salah agama, sebab agama dah suruh buat kebaikan.tetapi salah penganut agama Islam yang kurang kefahaman mengenai suruhan agama dan terlalu keras pendiriannya, sebagai contoh, islam wajibkan jihad dakwah kepada orang bukan islam yang berakhlak buruk. tetapi apa yang berlaku malah mereka dijadikan sasaran bom berani mati oleh orang Islam yang berfikiran radikal... Contoh sebaliknya, jika ada orang Kristian yang mencuri, wajarkah agama Kristian disalahkan kerana dia mencuri... tidak, agama tidak bersalah dalam hal ini... yang bersalah ialah penganut agama Kristian itu sendiri.... walaupun dari sudut akidah sememangnya agama Kristian ternyata salah..

Cuba kita lihat contoh lain yang membuktikan Islam lebih banyak ditindas daripada menindas :

1. Lihat dinegara-negara Islam, adakah orang-orang bukan Islam ditindas, tidak sama sekali...Kita ambil contoh di negara kita sendiri Malaysia... orang bukan islam tidak pernah dinafikan hak mereka untuk mengamalkan agama mereka masing-masing, malah pertubuhan Hindraf yang mengadakan demonstrasi juga dilayani bukan dengan keganasan, cuma ditahan, dah bebaspun sekarang.... .Sekarang kita lihat pula di Thailand... berapa ramai orang islam dibunuh oleh pemerintah bukan Islam. Di Filipina ramai orang islam dibunuh oleh pemerintah bukan islam. Di Amerika orang Islam dipulaukan dan rumah mereka dibaling dengan batu setiap masa, malah ada yang dibakar, Di India orang Islam Kasymir ditindas dan dibunuh oleh pemerintah bukan Islam... Di Indonesia sendiri sebagai negara yang paling banyak penduduk Islam... Orang Kristian yang mula membunuh orang islam, lalu dibalas oleh orang islam. Di Israel, Di England, Di Singapura, pakai tudungpun tidak dibenarkan dengan alasan ia ada unsur-unsur agama... Di Rusia, Checnya, Di Bosnia umat Islam disembelih... renungkan dengan penuh rasional. bukan taksub kepada agama masing-masing... Nah... cuba lihat pula di negara-negara Islam, Di Negara-negara Arab, Iraq, Iran, Malaysia, Indonesia, adakah orang bukan Islam dibunuh dinegara-negara ini.... Cuba jawab dengan jujur.... malah dinegara-negara ini umat bukan Islam masih dapat mengamalkan agama mereka masing-masing... sebagai contoh yang jelas sahaja... Di Sabah, negeri kita... Walaupun agama rasmi negeri kita ialah Islam tetapi orang bukan Islam bebas mengamalkan agama masing-masing... malah Gereja dinegeri ini lebih banyak berbanding masjid-masjid... Dari utara ke selatan, dari timur ke Barat sabah... tidak putus-putus ada gereja ditepi jalan... Jadi tanyalah diri, adakah umat Islam ini ganas dan sukakan kejahatan... Pendek kata tidak salah jika dikatakan jika orang Islam memerintah sesebuah negara... orang Islam tidak akan ditindas, tetapi malangnya jika orang bukan Islam menjadi kuasa majoriti sesebuah negara, malah umat Islam selalu di tindas... Nah... cuba lihat lagi sejarah... Sepanjang 800 Kurun pemerintahan empayar Islam di dunia sedikit bahan-bahan yang diciptakan untuk kerosakan dunia seperti nuklear, bom-bom atom dan sebagainya... Percayakah anda bom Atom itu sebenarnya telah lama diketahui oleh Ahli kaji biologi dan fizik muslim iaitu ilmuan islam.. tetapi mereka tidak cipta disebabkan mereka tahu bom itu akan memusnahkan dunia, haiwan dan tumbuhan... tetapi apabila zaman empayar islam berakhir... Orang Barat yang telah mencuri idea mereka telah menciptanya tanpa mempedulikan kesannya... Di Singapura orang islam dilarang memakai Tudung, Di Jerman, di Belanda, di Denmark... orang Islam disana juga didiskriminasikan... Mana keadilannya... ketahuilah wahai orang bukan Islam... Pemerintah tidak ada kena mengena dalam hal pakai tudung atau tidak... ini adalah urusan orang islam dengan Tuhannya, ini adalah perintah Allah... Allah bagi orang Islam lebih utama dari pemerintah... Bukan seperti sebahagian orang bukan Islam yang sanggup menjadikan agama mereka sebagai gurau senda... Agama lain tidak mempedulikan samada wujudnya ajaran sesat dari dalam agamanya atau tidak... tetapi orang Islam sangat peka jika ada perkara-perkara yang sesat dalam agama mereka... Sebab itu jarang sekali kita terdengar ada rungutan tentang ajaran sesat dari ugama lain selain Islam... Sebagai contoh... Dalam agama Islam tidak boleh Syirik iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu (Mengatakan ada Tuhan lain selain Allah) dan antara contoh amalan yang jelas bersalahan dengan ajaran Islam yang selalu diadakan dewasa ini ialah pesta Kaamatan... yang dilakukan untuk menghormati semangat padi... dewa padi ... diadakan persembahan-persembahan untuk memberi makan semangat padi, sedang Tuhan itu tidak makan dan minum. (tuhan padi) yang kalau kita telusuri sejarahnya diadakan agar padi akan sentiasa subur pada masa akan datang.... Ini akidah salah dan berdosa dalam agama Islam, tetapi dalam agama lain iaitu Kristian, ia tidak dianggap dosa dan bukan ajaran sesat. Saya tidak tahu apa sebabnya, mungkin agama mereka tidak menganggap itu perbuatan salah...... itulah perbezaan ketara antara orang Islam dengan orang bukan Islam...
Ingin saya tegaskan di sini, tuduhan yang mengatakan agama Islam sebagai agama yang menyuruh keganasan adalah tuduhan tidak berasas sama sekali... Islam adalah agama yang selamat dan agama yang menyuruh ke arah kedamaian dan keamanan..
SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA, SALAM SEAKIDAH TO ALL MUSLIM

Thursday, May 6, 2010

SELAMAT DATANG KE MYPROSPECTONLINE BLOGSPOT

Firman Allah S.W.T. : Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.