Powered By Blogger

Friday, May 7, 2010

ISLAM AGAMA DAMAI


Setiap hari kita disajikan dengan berita yang menyatakan keganasan orang Islam. Islam sebenarnya agama yang sukakan kedamaian... Pengertian Islam itu sendiri ialah "Selamat", dan "sejahtera", serta damai. Saya cabar orang yang mengatakan bahawa islam itu agama yang sukakan keganasan, kejahatan dan sebagainya. Carilah satu dalil dan nas dari al Quran dan Hadis yang menyuruh agar penganut Islam disuruh oleh Allah untuk melakukan kejahatan... Sehingga hari kiamatpun tidak akan didapati satu ayatpun dalam al Quran dan hadis rasul yang menyuruh umat Islam melakukan kejahatan... Orang bukan Islam sering disajikan dengan bukti-bukti yang tidak wajar samada di media-media cetak, internet dan sebagainya... Memang benar terdapat umat Islam ada yang menjadi pengebom berani mati. sebab apa, kerana ketidakpuasan hati mereka dengan barat terutama Amerika yang tidak adil dan selalu membantu Israel menentang orang Islam... Britain juga selalu membantu orang Israel... sebab itu mereka melakukan protes dengan mengebom kepentingan-kepentingan Amerika dan orang kafir di seluruh dunia... Memang tidak dinafikan ramai juga orang bukan Islam yang baik.... Dan umat Islam tidak bermusuh dengan mereka ini... bahkan ada ayat dalam al Quran yang menyuruh agar orang Islam melayani orang bukan Islam dengan baik... tetapi mengapa masih ada keganasan yg dilakukan oleh orang Islam ke atas orang bukan Islam... Jawapannya ialah.. kerana :

1. Mereka marah dan benci dengan orang Barat yang kebanyakannya Kristian sebagaimana orang Barat Kristian marah dan benci dengan orang Islam.
2. Orang Islam kurang kefahaman dalam agama sendiri.... dan ini bukan salah agama, sebab agama dah suruh buat kebaikan.tetapi salah penganut agama Islam yang kurang kefahaman mengenai suruhan agama dan terlalu keras pendiriannya, sebagai contoh, islam wajibkan jihad dakwah kepada orang bukan islam yang berakhlak buruk. tetapi apa yang berlaku malah mereka dijadikan sasaran bom berani mati oleh orang Islam yang berfikiran radikal... Contoh sebaliknya, jika ada orang Kristian yang mencuri, wajarkah agama Kristian disalahkan kerana dia mencuri... tidak, agama tidak bersalah dalam hal ini... yang bersalah ialah penganut agama Kristian itu sendiri.... walaupun dari sudut akidah sememangnya agama Kristian ternyata salah..

Cuba kita lihat contoh lain yang membuktikan Islam lebih banyak ditindas daripada menindas :

1. Lihat dinegara-negara Islam, adakah orang-orang bukan Islam ditindas, tidak sama sekali...Kita ambil contoh di negara kita sendiri Malaysia... orang bukan islam tidak pernah dinafikan hak mereka untuk mengamalkan agama mereka masing-masing, malah pertubuhan Hindraf yang mengadakan demonstrasi juga dilayani bukan dengan keganasan, cuma ditahan, dah bebaspun sekarang.... .Sekarang kita lihat pula di Thailand... berapa ramai orang islam dibunuh oleh pemerintah bukan Islam. Di Filipina ramai orang islam dibunuh oleh pemerintah bukan islam. Di Amerika orang Islam dipulaukan dan rumah mereka dibaling dengan batu setiap masa, malah ada yang dibakar, Di India orang Islam Kasymir ditindas dan dibunuh oleh pemerintah bukan Islam... Di Indonesia sendiri sebagai negara yang paling banyak penduduk Islam... Orang Kristian yang mula membunuh orang islam, lalu dibalas oleh orang islam. Di Israel, Di England, Di Singapura, pakai tudungpun tidak dibenarkan dengan alasan ia ada unsur-unsur agama... Di Rusia, Checnya, Di Bosnia umat Islam disembelih... renungkan dengan penuh rasional. bukan taksub kepada agama masing-masing... Nah... cuba lihat pula di negara-negara Islam, Di Negara-negara Arab, Iraq, Iran, Malaysia, Indonesia, adakah orang bukan Islam dibunuh dinegara-negara ini.... Cuba jawab dengan jujur.... malah dinegara-negara ini umat bukan Islam masih dapat mengamalkan agama mereka masing-masing... sebagai contoh yang jelas sahaja... Di Sabah, negeri kita... Walaupun agama rasmi negeri kita ialah Islam tetapi orang bukan Islam bebas mengamalkan agama masing-masing... malah Gereja dinegeri ini lebih banyak berbanding masjid-masjid... Dari utara ke selatan, dari timur ke Barat sabah... tidak putus-putus ada gereja ditepi jalan... Jadi tanyalah diri, adakah umat Islam ini ganas dan sukakan kejahatan... Pendek kata tidak salah jika dikatakan jika orang Islam memerintah sesebuah negara... orang Islam tidak akan ditindas, tetapi malangnya jika orang bukan Islam menjadi kuasa majoriti sesebuah negara, malah umat Islam selalu di tindas... Nah... cuba lihat lagi sejarah... Sepanjang 800 Kurun pemerintahan empayar Islam di dunia sedikit bahan-bahan yang diciptakan untuk kerosakan dunia seperti nuklear, bom-bom atom dan sebagainya... Percayakah anda bom Atom itu sebenarnya telah lama diketahui oleh Ahli kaji biologi dan fizik muslim iaitu ilmuan islam.. tetapi mereka tidak cipta disebabkan mereka tahu bom itu akan memusnahkan dunia, haiwan dan tumbuhan... tetapi apabila zaman empayar islam berakhir... Orang Barat yang telah mencuri idea mereka telah menciptanya tanpa mempedulikan kesannya... Di Singapura orang islam dilarang memakai Tudung, Di Jerman, di Belanda, di Denmark... orang Islam disana juga didiskriminasikan... Mana keadilannya... ketahuilah wahai orang bukan Islam... Pemerintah tidak ada kena mengena dalam hal pakai tudung atau tidak... ini adalah urusan orang islam dengan Tuhannya, ini adalah perintah Allah... Allah bagi orang Islam lebih utama dari pemerintah... Bukan seperti sebahagian orang bukan Islam yang sanggup menjadikan agama mereka sebagai gurau senda... Agama lain tidak mempedulikan samada wujudnya ajaran sesat dari dalam agamanya atau tidak... tetapi orang Islam sangat peka jika ada perkara-perkara yang sesat dalam agama mereka... Sebab itu jarang sekali kita terdengar ada rungutan tentang ajaran sesat dari ugama lain selain Islam... Sebagai contoh... Dalam agama Islam tidak boleh Syirik iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu (Mengatakan ada Tuhan lain selain Allah) dan antara contoh amalan yang jelas bersalahan dengan ajaran Islam yang selalu diadakan dewasa ini ialah pesta Kaamatan... yang dilakukan untuk menghormati semangat padi... dewa padi ... diadakan persembahan-persembahan untuk memberi makan semangat padi, sedang Tuhan itu tidak makan dan minum. (tuhan padi) yang kalau kita telusuri sejarahnya diadakan agar padi akan sentiasa subur pada masa akan datang.... Ini akidah salah dan berdosa dalam agama Islam, tetapi dalam agama lain iaitu Kristian, ia tidak dianggap dosa dan bukan ajaran sesat. Saya tidak tahu apa sebabnya, mungkin agama mereka tidak menganggap itu perbuatan salah...... itulah perbezaan ketara antara orang Islam dengan orang bukan Islam...
Ingin saya tegaskan di sini, tuduhan yang mengatakan agama Islam sebagai agama yang menyuruh keganasan adalah tuduhan tidak berasas sama sekali... Islam adalah agama yang selamat dan agama yang menyuruh ke arah kedamaian dan keamanan..
SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA, SALAM SEAKIDAH TO ALL MUSLIM

No comments:

Post a Comment