Powered By Blogger

Monday, July 26, 2010

SYABAAN, BULAN PEMBERSIHAN HATI

Malam Nisfu Syaaban termasuk salah satu masa doa umat Islam mustajab, diperkenan Allah

PADA bulan Syaaban banyak amal kebajikan diperoleh mereka yang mengambil kesempatan beramal. Bulan yang sering dijadikan persediaan menyambut Ramadan turut menjadi bulan umat Islam berebut melakukan amal kebajikan. Apabila Syaaban berhasil mendorong melaksanakan pelbagai kebajikan dengan amalan mengikut sunnah seperti memperbanyakkan berpuasa sunat, maka Ramadan yang menyusul dapat dilalui dengan mudah dan selesa untuk menunaikan kewajipan berpuasa.

Ulama mengatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk membersihkan diri, Syaaban membersihkan hati dan Ramadan membersihkan jiwa. Mengenai malam Nisfu Syaaban, Imam Syafii menyatakan dalam Kitabnya Al-Umm: Sudah sampai kepada kami, ada orang yang mengatakan sesungguhnya doa dimakbulkan oleh Allah pada lima malam: malam Jumaat, malam Hari Raya Aidil Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama bulan Rejab dan malam 15 Syaaban.

Imam Syafii berkata: Saya suka kepada kelebihan yang dinyatakan pada malam itu dengan syarat ia tidak dianggap wajib. Sahabat, tabiin dan ulama bersungguh beribadah pada malam itu. Kitab Durratun Nasihin menyebut: Jibril datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban dan berkata: Wahai Muhammad, pada malam ini pintu langit dan pintu rahmat sedang dibuka, oleh itu bangun dan kerjakan sembahyang kemudian angkat kepalamu serta kedua-dua tanganmu ke langit.
Aku (Rasulullah SAW) bertanyakan: Wahai Jibril, apakah gerangan malam ini? Jibril menjawab: Pada malam ini sudah dibuka tiga ratus pintu rahmat, maka Allah Taala mengampuni semua orang yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, melainkan tukang sihir, kahin (tukang tenung), orang suka bermusuhan, peminum khamar (arak), orang yang melacur dirinya, pemakan harta riba, orang derhaka kepada ibu bapa, orang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan hubungan silaturahim. Maka sesungguhnya mereka tidak akan diampuni sehingga mereka itu mahu bertaubat dan meninggalkan pekerjaan (maksiatnya) itu.
Beribadah pada malam Nisfu Syaaban boleh dilakukan dengan memperbanyak membaca al-Quran, berselawat kepada Rasulullah SAW, berzikir dan berdoa. Ketahuilah malam Nisfu Syaaban adalah termasuk salah satu masa perkenan dan mustajab doa. Doa yang dibaca Rasulullah SAW pada malam Nisfu Syaaban antara lain bermaksud: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari seksa-Mu dan murka-Mu, dan aku tidak mengira pujian kepada-Mu, seperti mana Engkau memuji kepada-Mu sendiri. Maka segala puji bagi-Mu sehingga Engkau reda. Doa itu dibaca Rasulullah SAW dalam sujud di waktu malam ketika sembahyang sunat di rumahnya. Baginda SAW membaca doa itu dalam sujudnya sambil matanya menitiskan air mata kerana perasaan takutnya kepada Allah SWT. Antara kelebihan malam Nisfu Syaaban ialah pada malam itu pintu langit dan pintu rahmat dibuka bermula daripada awal malam sehingga waktu Subuh. Allah mengampunkan segala dosa yang pernah dilakukan oleh orang yang menghidupkan malam itu dengan melakukan ibadah kecuali orang yang syirik kepada Allah, menyimpan dendam dalam hati, ketagih arak dan orang yang sentiasa berzina.

Pada malam berkenaan juga amalan yang dilakukan dalam tempoh setahun diangkat kepada Allah, ditulis siapa yang akan hidup dan siapa yang akan mati, orang yang menghidupkan malam itu dengan beribadah akan dimasukkan ke dalam syurga. Bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat banyak melakukan kesalahan mengenai malam Nisfu Syaaban dengan berebut-rebut datang ke masjid atau surau untuk mendapat fadilat malam itu. Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas sembahyang Maghrib dan selepas bacaan yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur, memohon dijauhkan bala bencana (bacaan Yasin kedua) dan diniatkan memohon murah rezeki yang halal (bacaan Yasin ketiga). Difahamkan amalan sambutan malam Nisfu Syaaban yang kaifiatnya seperti ini tidak diamalkan di tempat lain melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara. Ada kalanya mereka membaca surah Yasin begitu cepat dan pantas sehingga mengabaikan hukum tajwid. Ini berlaku kerana ingin mengejar bilangan tiga kali bacaan. Al-Quran melaknat mereka yang membacanya dengan tidak betul hukum tajwid kerana al-Quran mestilah dibaca dengan tartil.

Firman Allah bermaksud: Dan bacalah al-Quran dengan penuh tartil. (Surah al-Muzammil, ayat 4) Kita digalakkan sembahyang, berdoa, beristighfar, membaca al-Quran dan melakukan amalan disuruh Allah untuk kebaikan dunia dan akhirat. Nabi SAW tidak menetapkan bacaan surah Yasin seperti disebutkan itu. Sering juga kita mendengar khutbah yang disampaikan khatib semasa sembahyang Jumaat dengan memperingatkan jemaah supaya jangan terlalu taksub dengan amalan Nisfu Syaaban dan ini bererti ada kesalahan sering dilakukan ketika tibanya malam Nisfu Syaaban. Syaaban adalah satu bulan hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri serta dianggap pintu gerbang Ramadan yang penuh berkat.

Wednesday, July 7, 2010

ISLAM DI SEBALIK NAMA PIALA DUNIA

Pertandingan piala dunia bagi bola sepak telah berlangsung lebih sebulan yang lalu, dan kini piala dunia telah masuk ke peringkat akhir dengan pertemuan akhir yang akan mempertemukan dua pasukan gergasi Eropah iaitu Sepanyol dan Belanda. Kita telah mendengar berbagai berita samaada yang menyenangkan atau tidak yang berkaitan dengan permainan bola sepak.. Di dada akhbar berita harian telah disiarkan, terutamanya permohonan judi bola sepak yang akhirnya tidak dibenarkan, kematian, pembunuhan yang baru berlaku di Vietnam kerana gagal membayar hutang judi bola sepak, pembunuhan isteri oleh suami sendiri kerana isteri sering marah apabila suami lambat pulang kerana menonton bola sepak bersama kawan-kawan.
Samada kita sedari atau tidak, sebenarnya ramai pemain-pemain terbaik dunia dalam bola sepak adalah beragama islam. Sebagai contoh Robin Van Persie, Ibrahim Affelay dan Khalid Bohlauroz adalah tonggak pasukan Belanda. Bagi German pula Mesut Ozil, Serdar Taschi, Aaron Hunt dan Sami Khedira adalah nama yang semakin naik dalam arena bola sepak disebabkan sumbangan mereka dalam Bola Sepak German yang berjaya melangkah ke separuh akhir sebelum dikalahkan oleh Sepanyol. Mehmet Scholl adalah pemain beragama Islam keturunan Turki yang pernah memenangi piala dunia bersama pasukan German. France mempunyai pemain Muslim terbanyak di piala dunia iaitu Nicholas Anelka(Chelsea), Tiery henry(Barcelona), Florent Malouda(Chelsea), Frank Ribery (Bayern Munich), Jeremy Toulalan, Bakary Sagna(Arsenal), Abou Diaby(Arsenal), Adil Ramy, Lassana Diara (Real Madrid), Loic Remy, Gomis, dan Eric Abidal (Barcelona). Ini tidak termasuk mereka yang diketepikan oleh jurulatih Perancis iaitu Samir Nasri (Arsenal), Karim Benzema (Real Madrid). Antara nama terbilang dalam bola sepak dari France ialah Patrick Viera dan Zinedine Zidane yang telah menjadi pemain terbaik eropah dan dunia sebanyak 3 kali. Bagi skuad Slovenia Samir Handanovic iaitu penjaga gol, Suad Felikovic, Elvidin Dzenic, dan Zlatan Ljubijancic merupakan tonggak muslim dalam skuad mereka.
bagi pasukan Korea pula penjaga gol mereka iaitu Lee Won Jae adalah seorang yang beragama Islam.
Bagi Ivory Coast pula Kolo Toure, Yaya Toure dan Arouna Kone, Boubacar Barry, Abdul Kadier Keita, Aruna Dindane, Salomon kalou merupakan pemain beragama Islam.
Algeria pula merupakan negara yang menghantar 100 % pemain beragama Islam untuk bermain, mereka merupakan negara Afrika di mana kebanyakan bangsa Algeria ialah keturunan Arab Algeria.
Nigeria : Taiye Taiwo, Rabiu Afolabi, Dele Aiyinogba, Ayiegbeni Yakubu, Lukman Haruuna.
Switzerland : Hakan Yakin, Gokhan Inler, Valon Behrami, Xherdan Shaqiri, Almen Abdi, Blerim Dzemailli.
Ghana :Stephen Appiah, Suley Muntari, Andrew Ayew, Abdul Rahim Ayew, Karimu AlHassan, Sammad Oppong
Mexico : Ismael Rodriguez, Aaron Galindo, Omar Bravo, Miguel Sabah
England : Aaron Lennon, Leon Osman
Serbia Montenegro :Nenad Milijas, Marco pantelic, Z Kuzmanovic
Selain menjadi pemain bola sepak yang terkenal, mereka ini secara tidak langsung merupakan duta khas bagi agama Islam. Mereka ini boleh dikenali dengan berbagai cara iaitu membaca doa dengan menadahkan tangan ke langit, bersujud syukur di atas padang apabila mereka menjaring gol. Semakin ramai pemain bola sepak memeluk agama Islam disebabkn usaha-usaha pemain itu sendiri yang berdakwah kepada pemain lain, sebagai contoh dalam satu temubual al-Jazeera yang disiarkan semasa pengislaman Tiery Henry, Beliau mengatakan bahawa beliau telah diperkenalkan kepada agama Islam dengan lebih dekat oleh Florent malouda iaitu pemain Chelsea. Nicholas Bilal Anelka pula telah memeluk agama Islam ketika bermain di kelab Fenarbahce di Turki... perawakan mereka yang baik, jarang minum arak, tidak suka bergaul dengan perempuan yang tidak halal telah menarik minat pemain lain untuk mendalami agama mereka iaitu agama islam.
Selama ini, kita hanya menonton bola sepak sebagai satu sukan yang sangat di minati, tetapi kita tidak tahu semangat dakwah di kalangan orang Islam Eropah yang hanya bergelar pemain bola sepak dan hanya memiliki sedikit pengetahuan agama Islam , tetapi mereka berjaya mengajak pemain buka Islam untuk memeluk agama Islam... Semangat itulah yang perlu kita tanamkan dalam diri kita. Mengislamkan satu orang lebih baik dari dunia dan seisinya. Salam Ukhwah untuk semua...