Powered By Blogger

Monday, August 30, 2010

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan ^-^

1] DU-LI-LAH (bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya DU-LIL-LAH

2] HIR-ROB (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya HI-ROB

3] KIY-YAU (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KI-YAU

4] KAN-NAK (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAK

5] KAN-NAS (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAS

6] I-YA (disebut tanpa sabdu) sebetulnya IY-YA. Iya bermaksud ‘matahari’

Dalam ayat ke 5, Jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!

7] SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8] AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Monday, August 23, 2010

KELEBIHAN RAMADHAN


Kita hampir berada dipertengahan bulan Ramadahan al-Mubarak. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam). ( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Munarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Tuesday, August 17, 2010

Kombinasi solat tarawih, puasa alternatif amalan hidup sihat


Aktiviti fizikal sederhana berkesan kurangkan lemak terkumpul, lambatkan proses penuaan

KAJIAN mengenai hikmah berpuasa sudah banyak dibuat bukan saja sarjana Islam bahkan pengkaji Barat seperti garapan Steve Meyerowits dalam buku Fasting and Eating for Health, Richard Schult dalam Juice Fasting, the Power of Healing dan Phyllis Balch dalam Prescription for Nutritional Healing. Semuanya secara tuntas membuktikan kebaikan amalan berpuasa. Selain itu, kajian mengenai kebaikan amalan bersahur juga mula dibuktikan secara ilmiah. Contohnya, kajian semasa menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan. BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka yang jarang bersarapan pagi.

Kajian Dr Theresa Nieklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya terhadap 700 pelajar dari Louisiana seperti dilaporkan Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001 menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah).

Kini, perkembangan teknologi dan ilmu menyebabkan saintis bukan saja berjaya membuat lebih banyak kajian berkaitan manfaat puasa dan sahur, bahkan terhadap amalan tarawih yang lazim dilakukan setiap malam Ramadan.
Ketika berpuasa Ramadan, umat Islam digalakkan menunaikan ibadat solat tarawih secara berjemaah di masjid. Solat tarawih ditunaikan sama ada lapan atau 20 rakaat setiap malam sebenarnya adalah suatu aktiviti fizikal sederhana.

Secara saintifiknya, kesan aktiviti fizikal sederhana dan berpuasa terhadap komposisi badan boleh dinilai dengan menggunakan teknik bioimpedans (BIA). Kajian sekumpulan penyelidik Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya, mendapati ada beberapa kesan positif terhadap kesihatan seseorang yang bersolat tarawih.

Kajian selama 20 hari dilakukan kepada 18 peserta lelaki yang sihat tubuh badan berumur antara 19 hingga 21 tahun, dimulakan pada 30 Syaaban (Pengukuran Analisis Bioimpedans awal) dan berakhir pada 20 Ramadan (pengukuran BIA akhir).

Kajian yang dilaporkan dalam buku berjudul Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains itu dijalankan berdasarkan standard dan saranan Persatuan Pemakanan Malaysia (PPM). Menurut PPM, untuk memastikan kesihatan berada pada tahap optimum, seseorang itu bukan hanya perlu melakukan senaman, juga menjaga pemakanan (diet).

Pergerakan fizikal dalam solat tarawih didapati meningkatkan aktiviti otot badan selari peningkatan kadar metabolisme basal (BMR) daripada nilai purata 1,455 kal kepada 1,486 kal. Juga didapati penurunan nilai jisim lemak badan (FM) sebanyak 21 peratus.

Keadaan ini sebenarnya setara aktiviti senaman aerobik sederhana dan amalan pemakanan seimbang yang boleh mengurangkan lemak badan. Penurunan nilai jisim lemak itu menunjukkan solat tarawih dan berpuasa adalah kombinasi yang boleh menghasilkan kesan sama seperti senaman aerobik sederhana dengan amalan diet seimbang.

Maka, jelas di sini solat tarawih sebenarnya berkesan untuk mengurangkan lemak yang berkumpul dalam badan. Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru akan mula meningkat dan memenuhi ruang. Hasilnya, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.

Selain itu, solat tarawih mengurangkan nilai glukosa. Lazimnya pergerakan solat tarawih kira-kira 140 minit dalam satu sesi menurunkan kadar glukos dalam badan dengan nyata, keadaan ini sama dengan keputusan jika senaman tahap sederhana dilakukan melebihi 150 minit seminggu.

Kesan nilai komposisi badan yang lain ialah pertambahan jisim badan tanpa lemak seperti komponen sel dan tisu yang tiada lipid (lemak) termasuklah air, tulang dan tisu penghubung, menunjukkan tahap kesihatan lebih baik.

Dengan peningkatan BMR, pembakaran lemak dalam badan turut meningkat. Natijahnya, kandungan lemak dalam badan semakin berkurangan dan secara tidak langsung mengurangkan mendakan lemak dalam salur darah membolehkan kekenyalan salur darah meningkat.

Bagi sesetengah individu yang sentiasa mengeluh kerana tidak berdaya berjemaah terlalu lama semasa solat tarawih, kajian Dr Yusof Abbas menerusi bukunya Bio-Mekanik Solat sewajarnya dijadikan renungan.

Menurut beliau, kedudukan yang sempurna ketika solat seperti amalan regangan otot dan tendon secara betul ketika mengangkat takbir, meletakkan tangan di dada, ketika rukuk, sujud, duduk antara dua sujud akan memberi kesan positif kepada kesihatan.

Semua regangan yang betul ini jika dilakukan dalam tempoh lama akan meningkatkan aliran darah selain aktiviti ‘kembang kuncup’ otot pada bahagian yang terbabit. Ketika sujud, sebenarnya sudah berlaku regangan otot bahu, lengan, belakang badan, punggung, pelvik, peha dan betis.

Malah, akan berlaku juga regangan otot di sekeliling anus dan otot sekeliling pangkal kemaluan lelaki serta otot uterus wanita. Dengan kata lain, ada persamaan regangan otot ketika senaman ‘batin’ yang biasa diamalkan seperti senaman harimau atau teknik tertentu dalam gerakan yoga.

Banyak kajian jelas membuktikan solat tarawih dan berpuasa memberikan manfaat dari sudut kesihatan. Selain itu, kajian juga menunjukkan kombinasi solat tarawih dan berpuasa dari sudut kesihatan tubuh badan adalah bersamaan dengan senaman dan diet. Oleh itu, kombinasi ibadat solat tarawih dan berpuasa boleh menjadi alternatif dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta boleh diamalkan bagi individu yang ingin menguruskan badan.

Dipetik dari berita harian 2010/08/17

Thursday, August 12, 2010

HUKUMAN BERAT BAGI PEMBUNUH BAYI DIALU-ALUKAN, MARHABAN



Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa sesiapa yang didapati membuang bayi tidak lagi disebut sebagai pembuang bayi tetapi akan dikategorikan sebagai pembunuhan bayi... Akhbar turut melaporkan bahawa DNA bayi akan diuji untuk mengesan ibu bapa bayi tersebut seterusnya membawa mereka ke mahkamah untuk dibicarakan dan seterusnya dihukum bunuh jika sabit kesalahan membunuh bayi...
Saya sangat setuju dengan hukuman bunuh untuk pembunuh bayi kerana bayi dilahirkan sebagai amanah Allah bukannya dilahirkan untuk dibunuh... Malaysia telah menjadi hub pembunuhan bayi yang tidak ada penghujungnya... setiap detik kita disajikan dengan pembunuhan bayi yang sungguh menyayat hati... negara lain terbunuh kerana berperang dan berada dalam suasana kucar kacir tetapi dalam negara Malaysia orang terbunuh dalam suasana aman tanpa tindakan yang sewajarnya.
Keputusan ini membawa sinar baru sebagai permulaan bagi pelaksanaan hukum hudud kerana satu-satunya cara membasmi perbuatan jahiliah ini daripada terus menerus menjadi igauan masyarakat adalah dengan pelaksanaan hukum hudud...
Iklim diini (keagamaan) yang semakin lenyap di negara Malaysia dan semakin kurangnya pemimpin, ibubapa, guru-guru, yang boleh dijadikan contoh teladan dalam negara telah mengundang pertambahan sifat si jahiliah dalam negara Malaysia...
Hiburan berleluasa atas nama perpaduan dan produk pelancongan dan sebagainya menjadikan rakyat malaysia semakin jauh daripada suasana dan iklim agama Islam tetapi semakin dekat dengan iklim agama Kristian...
Oleh itu hukuman ini jika benar-benar diaplikasikan adalah merupakan satu permulaan baik dalam pelaksanaan hukum hudud di negara kita.. Kita sama-sama menunggu siapa mangsa pertama yang akan dihukum bunuh akibat pembunuhan bayi ini.
Diharapkan bermula Ramadhan ini akan bermulanya sinar baru dalam pelaksanaan undang-undang Islam dinegara kita.. AlaisaLlohu biahkamil Haakimin...

SYAFAAT AL-QURAN


Tuesday, August 10, 2010

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


Kita telah berada dalam bulan mulia yang penuh rahmat dan keberkatan. Rakyat Malaysia mula berpuasa hari rabu dan telah mula solat terawih iaitu semalam. Permulaan Ramadhan di kampung saya semalam diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil untuk dua rumah yang telah kehilangan anggota keluarga masing-masing (Meninggal dunia). Seorang pemuda yang baru berumur dua puluhan kerana terlibat dalam kemalangan, dan seorang nenek yg baru meninggal kemarin. Ditengah kesedihan terdapat pengajaran yang cukup bermakna untuk dihayati oleh kita yang masih hidup bahawa kita ini adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah apabila Dia menghendaki kita untuk kembali. Kepada kita yang hidup, kesempatan yang diberikan oleh Allah berada dalam bulan ramadhan yang mulia ini adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Kesempatan ini belum tentu kita akan kecapi pada tahun depan jika Allah tidak mengizinkan kita berjumpa dengan ramadhan sekali lagi. Oleh itu kita hendaklah merebut peluang yang terhidang dalam bulan ramadhan yang tidak terdapat dalam bulan yang lain.Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi SAW: Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka: Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam.

Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadan dan mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT di samping syaitan dibelenggu kerana kelebihan Ramadan.

Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa'd sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya. Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-Fath al-Bari: Sesungguhnya dikatakan pada Syurga, tidak dikatakan bagi Syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.

Ketiga: Mengikut riwayat al-Nasaie sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi SAW: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

Hadis ini menunjukkan kelebihan minuman dalam syurga yang menghilangkan dahaga selama-lamanya.

Mengikut riwayat Imam Ahmad dan al-Nasaie daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah SAW: Puasa merupakn perisai. Dan daripada Uthman bin Abi al-As; Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat. Ini kerana, puasa mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan pada ghalibnya, mereka yang berpuasa akan memelihara nilai puasanya.

Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Uthman bin Abi al-As: Puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa yang melindungi tuannya daripada disambar api neraka.

Imam Ahmad, Muslim dan al-Nasaie meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa'id, Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Hadis ini menggambarkan kemuliaan orang yang berpuasa semata-mata kerana Allah SWT yang sudah pasti mendapat pembalasan daripadanya.

Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak.

Hadis ini menunjukkan kelebihan orang yang berpuasa dengan mustajabnya doa.

Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

Hadis ini menunjukkan terlalu banyak kelebihan orang yang berpuasa sekalipun diam dan tidur.

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, al-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam.

Hadis ini menunjukkan keampunan Allah SWT kepada yang berpuasa.

Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa.

Hadis ini menggambarkan betapa sabarnya orang yang berpuasa.

Imam Ahmad, al-Turmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya.

Hadis ini dengan jelas menunjukkan betapa malaikat berdoa dan berselawat kepada yang berpuasa.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka.

Justeru, marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal dengan bersungguh-sungguh.

Selamat Berpuasa dan semoga diterima Allah.



Monday, August 9, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN


Kembang melati sungguh indah, Di tengah halaman jadi hiasan. Harum ramadhan tercium sudah, Salah dan khilaf mohon dimaafkan.

Moga Allah jadikan Subuhmu ceria, Zuhurmu bahagia, Asarmu terpelihara, Maghribmu bermakna dan Isyakmu memberi keberkahan selamanya. Moga Doamu tidak ditolak, rezekimu diluaskan dan dibuka pintu syurga yang tiada tandingan.

Selamat mengisi bulan Ramadhan.

Sunday, August 1, 2010

ZINA, ROGOL, BUANG ANAK APA JAWAPANNYA ?

Baru-baru ini, saya telah membaca dalam berita harian berkaitan dengan pembuangan bayi yang masih lagi berlaku. Kemudian saya buka halaman yang seterusnya, seorang budak perempuan dirogol dan dibunuh kemudian mayatnya dibuang. Malam itu apabila saya menyaksikan berita siaran TV3, Seorang peguam ternama dalam negara mencadangkan agar perogol kanak-kanak dikenakan hukuman bunuh... Dari dahulu hingga sekarang, tidak ada tindakan yang benar-benar berkesan ke atas jenayah zina, rogol dan membuang anak.. Berbagai cadangan telah dikemukakan iaitu pesalah zina dikenakan kejutan elektrik, disebat, dipenjara seumur hidup dan sebagainya namun tidak ada satupun yang berkesan... kejadian zina, rogol, buang anak tetap berleluasa. Terasa lucu apabila ada orang yang mengemukakan hukuman bunuh ke atas perogol kanak-kanak sahaja.. Lalu, seandainya demikian bagaimana dengan perogol wanita dewasa ? Barangkali orang yang membuat cadangan agar perogol kanak-kanak sahaja yang dikenakan hukuman bunuh dan tidak kepada perogol wanita dewasa disebabkan ia cukup yakin yang dia tidak akan terlibat dalam hal tersebut... mungkin ia agak keterlaluan tetapi pedas....
Islam telah menetapkan hukuman yang paling berkesan untuk pesalah zina iaitu hukum rejam sehingga mati bagi yang telah berkahwin dan hukuman sebat bagi yang belum berkahwin serta dibuang daerah. Jika hukum hudud dilaksanakan maka sudah pasti kesalahan-kesalahan seumpama ini akan terhapus sama sekali dalam masyarakat.. Walaubagaimanapun, masih banyak orang yang mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud. Antara alasan yang paling kerap di dengar ialah, akan semakin ramailah orang Islam yang tiada tangan jika mencuri, dan sebagainya.
Kita merenung pula kepada hukuman gantung sampai mati bagi pesalah dadah yang telah lama dilaksanakan. Tiada seorangpun yang tidak bersetuju dalam melaksanakannya dan telah ramai pesalah dadah yang telah digantung sampai mati... Sepatutnya, dalam pelaksanaan hukum hudud, sikap dan penerimaan seperti ini perlu didahulukan untuk melihat keberkesanannya.. Bagi pendapat saya sendiri, sebagai negara Islam yang diperintah oleh orang Islam, Hukum hudud perlu dilaksanakan ke atas setiap rakyat negara ini tanpa mengira apa agamanya samada dia orang islam, Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya... Ini barulah dikatakan sebagai negara Islam... Sebagai negara Islam, sepatutnya pemerintah Islam perlu mengusahakan agar hukum islam diterima oleh semua masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan serta pangkat dan bukan sebaliknya. Yang paling penting, hukuman itu perlulah dilaksanakan dengan seadil-adilnya berdasarkan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh hukum syarak.
Amat menyedihkan apabila orang islam sendiri memberi alasan itu dan ini dalam menidakkan pelaksanaan hukum syarak dinegara kita. Jika ia datang dari orang bukan Islam maka ia adalah perkara biasa kerana lumrah non Muslim memang menolak hukum Islam. namun, jika orang islam sendiri yang mencari alasan untuk menidakkan hukum Allah, ia telah menjadi satu perkara yang ganjil dan luar biasa. Ingatlah, Allah adalah Seadil-adil Hakim kepada seluruh umat manusia.