Powered By Blogger

Sunday, August 1, 2010

ZINA, ROGOL, BUANG ANAK APA JAWAPANNYA ?

Baru-baru ini, saya telah membaca dalam berita harian berkaitan dengan pembuangan bayi yang masih lagi berlaku. Kemudian saya buka halaman yang seterusnya, seorang budak perempuan dirogol dan dibunuh kemudian mayatnya dibuang. Malam itu apabila saya menyaksikan berita siaran TV3, Seorang peguam ternama dalam negara mencadangkan agar perogol kanak-kanak dikenakan hukuman bunuh... Dari dahulu hingga sekarang, tidak ada tindakan yang benar-benar berkesan ke atas jenayah zina, rogol dan membuang anak.. Berbagai cadangan telah dikemukakan iaitu pesalah zina dikenakan kejutan elektrik, disebat, dipenjara seumur hidup dan sebagainya namun tidak ada satupun yang berkesan... kejadian zina, rogol, buang anak tetap berleluasa. Terasa lucu apabila ada orang yang mengemukakan hukuman bunuh ke atas perogol kanak-kanak sahaja.. Lalu, seandainya demikian bagaimana dengan perogol wanita dewasa ? Barangkali orang yang membuat cadangan agar perogol kanak-kanak sahaja yang dikenakan hukuman bunuh dan tidak kepada perogol wanita dewasa disebabkan ia cukup yakin yang dia tidak akan terlibat dalam hal tersebut... mungkin ia agak keterlaluan tetapi pedas....
Islam telah menetapkan hukuman yang paling berkesan untuk pesalah zina iaitu hukum rejam sehingga mati bagi yang telah berkahwin dan hukuman sebat bagi yang belum berkahwin serta dibuang daerah. Jika hukum hudud dilaksanakan maka sudah pasti kesalahan-kesalahan seumpama ini akan terhapus sama sekali dalam masyarakat.. Walaubagaimanapun, masih banyak orang yang mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud. Antara alasan yang paling kerap di dengar ialah, akan semakin ramailah orang Islam yang tiada tangan jika mencuri, dan sebagainya.
Kita merenung pula kepada hukuman gantung sampai mati bagi pesalah dadah yang telah lama dilaksanakan. Tiada seorangpun yang tidak bersetuju dalam melaksanakannya dan telah ramai pesalah dadah yang telah digantung sampai mati... Sepatutnya, dalam pelaksanaan hukum hudud, sikap dan penerimaan seperti ini perlu didahulukan untuk melihat keberkesanannya.. Bagi pendapat saya sendiri, sebagai negara Islam yang diperintah oleh orang Islam, Hukum hudud perlu dilaksanakan ke atas setiap rakyat negara ini tanpa mengira apa agamanya samada dia orang islam, Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya... Ini barulah dikatakan sebagai negara Islam... Sebagai negara Islam, sepatutnya pemerintah Islam perlu mengusahakan agar hukum islam diterima oleh semua masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan serta pangkat dan bukan sebaliknya. Yang paling penting, hukuman itu perlulah dilaksanakan dengan seadil-adilnya berdasarkan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh hukum syarak.
Amat menyedihkan apabila orang islam sendiri memberi alasan itu dan ini dalam menidakkan pelaksanaan hukum syarak dinegara kita. Jika ia datang dari orang bukan Islam maka ia adalah perkara biasa kerana lumrah non Muslim memang menolak hukum Islam. namun, jika orang islam sendiri yang mencari alasan untuk menidakkan hukum Allah, ia telah menjadi satu perkara yang ganjil dan luar biasa. Ingatlah, Allah adalah Seadil-adil Hakim kepada seluruh umat manusia.

No comments:

Post a Comment