Powered By Blogger

Sunday, May 23, 2010

YA ALLAH ! APA DOSAKU SEHINGGA AKU DISEKSA OLEH MEREKA


" Wah alangkah indahnya alam ini, pertama kali aku memandang cahaya matahari, aku melihat alam luas berwarna warni, ada warna kuning, hijau, biru, dan putih dan hitam."

Warna hitam memang aku kenal sejak dari dulu, aku cukup gembira menghirup udara yang segar, aku lihat ibuku sambil menangis memangku aku seorang diri, oh inilah ibuku, ibu sangat cantik ibu, ibu sangat baik terhadapku. terima kasih ibu kerana melahirkan ku. wahai ibu, tanpamu aku tak akan melihat dunia indah ciptaan Allah ini, ibu. Tanpamu aku tak akan pernah tahu adanya udara ciptaan Allah."

Ibu bingkas meninggalkanku seorang diri di satu tempat. Aku tidak tahu dimana tempat ini, aku nampak plastik, kertas, tong kecil dan besar disisiku. Aku nampak air yang kotor mengalir di sekelilingku. Aku pandang ibu, aku tidak tahu kenapa ibu pergi. "Ibu, aku kesejukan ibu". namun, ibu terus pergi semakin menjauh dari sisiku. "Ibu, aku kesejukan ibu, jangan tinggalkan aku, aku tak boleh urus diriku sendiri wahai ibu".

Tubuhku yang tadinya dipeluk ibu, dicium ibu, kesejukan dan kedinginan. Ibu, tolong aku wahai ibu, aku kesejukan, aku lapar, tolong ibu, aku takut ibu, tolong aku ibu. Aku hanya mampu menangis, aku ingin beritahu ibu, aku lapar, aku kedinginan, aku ingin ibu peluk dan ciumku dengan penuh kasih sayang... tapi kenapa ibu tak kunjung tiba.... mengapa ibu tidak memberikan aku susu. aku lapar ibu...

" Mengapa lama sangat engkau pergi wahai ibu, aku lapar ibu, aku kesejukan ibu". Tiba-tiba aku dengar sesuatu bergerak berhampiranku, Aku harap ibu datang untuk menyelimutiku, untuk menghilangkan kedinginanku, untuk menghilangkan kelaparanku... Tetapi kenapa suaranya bukan seperti ibu yang pernah ku dengar, aku dengar bunyi menyalak, aku dengar bunyi berlarian. akhirnya aku terlihat sesuatu yang aku belum pernah lihat sebelum ini. giginya tajam, berkaki empat, aku kira ia datang untuk memberiku makan. Aku menangis sambil memerhatinya mohon balas simpatinya. mereka datang ke arahku. mereka semakin hampir. kasih sayang yang ku impikan, tetapi yang ku dapati ialah rasa perit dan pedih tangan kecilku, aku meraung namun aku tidak mampu bangkit, kini kepalaku pula yang ku rasakan perit, tolong aku wahai ibu, mereka bukan makhluk yang baik sepertimu ibu, aku kesakitan ibu, tolong !. Aku harap kau datang ibu, mereka menyeksaku ibu. Ibu, cepat datang ibu, aku perlukan mu wahai ibu... mereka koyakkan telingaku.. satu, dua, tiga, empat dan banyak lagi datang mengerumuniku... ibu... tolong ibu, aku semakin lemah. dari subuh tadi belum makan dan kedinginan tanpa selimut. kini aku diseksa.. aku bertanya apakah salahku... Apa salahku ibu. dan akhirnya.....................

Ini adalah cerita karanganku tentang rintihan anak yang di tinggalkan oleh ibunya ditepi sampah dan akhirnya mati digigit oleh anjing-anjing liar yang berkeliaran... Aku cukup sedih dengan peristiwa jahiliah yang kembali bermaharajalela di zaman moden ini. Berapa ramai orang yang telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan zuriat. tetapi ada pula golongan yang hanya tahu melahirkan anak tetapi tidak tahu memelihara anak. malah ada anak yang dibunuh dan diseksa.

kalau dahulu kaum kafir jahiliah menanam anak hidup-hidup, sekarang ini lantaran terlalu moden anak telah dibunuh sebelum lahir ke dunia, kadang-kadang dibuang ditong-tong sampah, ditandas, dilongkang, dan ada juga yang dikubur hidup-hidup... tak kasihankah kepada anak-anak tak berdosa sehingga diperlakukan demikian. Tak takutkah mereka kepada azab Allah...


Didunia mungkin seseorang akan dapat mengelak dari tindakan undang-undang. tetapi di akhirat, di hadapan pengadilan Tuhan Rabbul Jalil, sesiapapun tidak mampu mengelaknya. Malaikat pencatat amalan baik dan buruk siap dengan gambar video kita sepanjang hidup didunia, ditambah dengan persaksian tubuh badan sendiri. Kita akan diadili seadil-adilnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan barang siapa membunuh seorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka Jahannam, dia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya, dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya" (an-Nisa': 93).

Malah, kejinya perbuatan membunuh juga dapat dilihat dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Tidak halal darah seorang Muslim (haram membunuhnya) kecuali disebabkan berlakunya salah satu daripada tiga perkara: kafir setelah beriman (murtad), zina setelah berkahwin, membunuh jiwa tanpa jiwa (membunuh tanpa alasan yang benar)".

Pengguguran janin dan pembuangan bayi yang semakin membarah hari ini adalah punca daripada perbuatan zina dan campur gaul tanpa batasan antara lelaki dan wanita serta hilangnya rasa tanggungjawab dan rasa hormat terhadap wanita pada tahap yang sepatutnya, dan juga kesan daripada tandusnya penghayatan ilmu agama dalam masyarakat.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita bersama-sama menangani isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial , perbuatan mendekati zina yang semakin mengancam keamanan masyarakat dan menjadi semakin parah seperti penyakit barah terutama isu-isu masalah zina dan rogol.

Antara sabda Nabi yang selayaknya menjadi pedoman orang beriman dulu, sekarang dan selamanya ialah: "Setiap kamu adalah pemimpin (yang mempunyai tanggungjawab masing-masing), maka setiap orang akan ditanya mengenai rakyatnya (orang atau tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya)" (hadis muttafaq 'alaih).
Antara cara untuk elakkan perkara-perkara sebegini terjadi ialah

1. Elakkan zina,

2. berkahwinlah ikut syariat Islam

3. kukuhkan institusi kekeluargaan

4. Wujudkan iklim Diini dalam keluarga

5. Perbanyakkan tazkirah-tazkirah dan risalah-risalah keagamaan

6. Tindakan tegas ke atas orang yang bersalah

No comments:

Post a Comment