Powered By Blogger

Thursday, August 11, 2011

PANDANGLAH MEREKA YANG BUKAN ISLAM DENGAN BELAS KASIHAN

Kita sering mendengar penganut agama Kristian di Malaysia terutamanya bertungkus lumus menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam. Lalu terdetik di hati saya beberapa soalan.

1. Antaranya apa sebenarnya yang mendorong mereka untuk bersungguh-sungguh menarik orang kepada agama Kristian?
- jawapan mereka ialah : mereka merasa agama Kristian adalah satu2nya agama yang benar dan mereka merasa kasihan kepada orang bukan Kristian, kerana mereka menganggap orang yang bukan beragama Kristian tidak akan mendapat perlindungan Tuhan.

(Sepatutnya kita sebagai orang islam yang memandang mereka dengan kasihan kerana agama mereka sesat, jika mereka berjaya mengkristiankan orang Malaysia seperti negara Barat maka Malaysia akan jadi seperti negara Barat. Pelacuran berleluasa, Gay dan lesbian dibenarkan berkahwin, Manusia menjadi terlalu bebas seperti haiwan dan masyarakat akan cuba bebaskan diri dari agama, Kita perlu pandang mereka dengan belas kasihan dan cuba berdakwah kepada mereka disebabkan mereka merupakan kawan, jiran, sahabat dan mungkin rakan sekerja kita yang akan masuk ke dalam neraka.. Tak sewajarnya kita sebagai orang Islam membiarkan mereka ini yang kita kenal masuk ke dalam neraka..)





2. Mengapa terlalu ramai orang Murtad di Sabah ?


- Yang saya sendiri nampak ialah, sangat banyak orang Islam yang beria-ia berkahwin dengan mereka yang bukan Islam dengan alasan bahawa banyak pahala jika mampu mengislamkan orang bukan Islam. Akhirnya disebabkan gagal membimbing dan tidak mampu menjadi contoh teladan , dengan mudah mereka ceraikan isteri.


- Jika yang masuk Islam ialah suami, dan isteri gagal membimbing, akhirnya kerana takut diceraikan, maka dia ikut semua perlakuan suami walaupun jelas tidak seiring dengan ajaran Islam seperti meminum arak, makan babi dan sebagainya.


- Anak-anak hasil perceraian tidak dapat pembelaan sewajarnya dari orang Islam sendiri, jabatan agama Islam dan kerajaan Malaysia.


- Kerajaan yang mengaku sebagai kerajaan Islam, tidak menyediakan rumah anak-anak yatim, rumah pembelaan untuk mangsa perceraian dan akhirnya mereka dibela oleh Kristian yang mendapat pembiayaan dari jutawan-jutawan kristian dari luar negara. (diorang buat ja kertas kerja, kirim diluar negara, berlambak peruntukan yang mereka dapat), malang kerana jutawan Arab sibuk membeli kelab2 English di saat jutawan-jutawan Kristian sibuk memberi peruntukan untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia.


-Tiada bimbingan berterusan kepada golongan Muallaf.


- Ketiadaan iklim diini dalam negara.




Saranan saya ialah :


- Kerajaan perlu menyediakan pusat perlindungan kepada muallaf, anak-anak yatim islam.


- Kerajaan Malaysia dibantu badan2 Islam perlu sediakan peruntukan khas kepada golongan Muallaf, anak-anak yatim, golongan muallaf yang diceraikan sekurang2nya 30 tahun (saranan saya sahaja, boleh lebih). Walaupun bantuan itu mungkin cuma dalam bentuk RM500 ringgit sebulan untuk satu keluarga. Mungkin kerajaan akan habiskan berjuta ringgit untuk itu, tapi ia berbaloi dilakukan untuk menjaga akidah mereka. Saya merasakan 30 tahun wajar kerana dalam tempoh tersebut anak-anak muallaf ini telah mendapat pendidikan Islam yang sewajarnya dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah... asas agama Islam telah kukuh. jika bantuan dihentikan selepas 30 tahun mereka sudah tidak murtad kerana anak-anak mereka telah mempunyai pengetahuan yang sangat kukuh dan memiliki ketahanan akidah yang mantap.


- Perlu buat pemantauan dari semasa ke semasa.


- Badan-badan islam perlu berziarah kepada mereka.


- Kerajaan wujudkan sekolah khas untuk muallaf dan menggaji pekerja di dalamnya di mana pekerja-pekerja ini digolongkan sebagai penjawat awam.. perlu diwujudkan jawatan baru contohnya penjawat awam (pengurus muallaf).




Contoh kerajaan Malaysia membantu penyebaran Kristian menyebarkan agama Kristian samada secara langsung atau tidak langsung.


-Mempromosi perayaan agama Kristian atas nama rumah terbuka.


-membantu sekolah-sekolah mubaligh Kristian atas nama satu Malaysia.


-Menjaga sensitiviti agama kristian secara berlebih-lebihan sedangkan mereka tidak menjaga sensitiviti umat islam. Sebagai contoh apabila gereja cuba di bakar oleh orang islam yang fanatik mereka ditangkap, sedangkan masjid di bakar hangus di Tamparuli Sabah yang dilakukan oleh orang yang dah dapat diagak siapa pelakunya, langsung tidak mendapat liputan dan disembunyikan...




kesimpulannya, amat menyedihkan bahawa negara Malaysia yang digembar gemburkan sebagai negara Islam kurang membuat sesuatu yang boleh memajukan Islam. Orang-orang Islam terlalu menjaga sensitiviti orang kristian di malaysia sehinggakan takut untuk mengamalkan agama sendiri kerana takut ia akan menyinggung orang bukan islam... sebagai contohnya, menghadiri majlis rumah terbuka orang kristian walaupun ia bercampur gaul lelaki dan perempuan (bukan orang Islam tidak tahu tetapi kerana kerajaan anjurkan atas nama satu Malaysia)




kerajaan dan badan-badan Islam serta orang perseorangan perlu menggembleng tenaga untuk menjaga kesucian dan akidah umat Islam di negara kita...


Sedarlah wahai orang bukan Islam.. ambil pengajaran daripada negara Barat sendiri.. ketika mereka majoritinya beragama Kristian dan bebas mengamalkan agama Kristian di negara seperti britain, Francis, Belanda, Jerman, America tetapi mengapa mereka masih merasa kehilangan sesuatu yang tidak ada pada agama Kristian... Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di Eropah dan Amerika serta seluruh dunia disebabkan mereka yang telah lama beragama kristian kini telah tahu bahawa agama kristian tidak mampu menjaga institusi kekeluargaan (sangat sedikit anak halal di barat, kebanyakan anak haram, mengikut kajian perempuan dan lelaki Kristian di Barat 15 tahun 90 peratus telah pernah melakukan zina dan melahirkan anak luar nikah) , bercampur gaul lelaki dan perempuan macam binatang, judi berleluasa, kemiskinan dan kemalaratan berleluasa di mana orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin, tipu menipu berleluasa.. sepatutnya orang Barat berbangga dengan tradisi kristian yang mereka telah anuti sejak berjuta tahun dahulu, malah agama itu menjadikan mereka lebih jauh dari hidup berTuhan... Kristian tidak mampu menjaga mereka dan akhirnya mereka cari agama baru iaitu Islam...


Mudah-mudahan orang kristian akan mendapat hidayah dari Allah S.W.T. dan mudah-mudahan kita akan bersama-sama dalam syurga Allah di hari akhirat kelak.. Insya Allah

No comments:

Post a Comment