Powered By Blogger

Thursday, August 18, 2011

KONSEP 1 MALAYSIA YANG DISALAH ERTIKAN



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya dapat meneruskan lagi penulisan pada hari ini. Hari ini saya terbaca satu ruangan dalam utusan Malaysia online yang mengatakan agama Kristian disebarkan melalui pusat tuisyen. Semenjak dua minggu lepas selepas satu serbuan ke atas gereja Methodist oleh JAIS baharulah orang Muslim di Malaysia membuka mata terhadap kegiatan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam. Kes ini mungkin amat sedikit berlaku di Semenanjung Malaysia. Tetapi berlaku didepan mata setiap hari di Sarawak dan Sabah. Setiap hari ada sahaja orang baru yang cuba di tarik masuk ke dalam agama Kristian. Komuniti Kristian di Sabah sangat giat menjalankan usaha-usaha missionari Kristian. Kegiatan itu bukan sahaja dilakukan oleh ketua agama mereka iaitu father, Ketikis, gembala, orang perseorangan malah mendapat sokongan oleh golongan profesional Kristian seperti guru, doktor, nurse, pensyarah, pengarah maktab dan sebagainya. Antara cara mereka menarik orang Islam agar leka, terbuai dan tidak sedar dengan perbuatan mereka ialah :



1. Melalui hiburan seperti nyanyian.



2. Melalui sukan dan riadah di mana mereka menerapkan tarian Poco-poco (Mana yg jadi kontroversi itulah yg mereka adakan, Poco2 pernah ada ura2 diharamkan).



3. Melalui aktiviti kembara atas nama memelihara alam sekitar.



4. Melalui pendidikan di sekolah-sekolah dengan mewajibkan pelajar menyertai koir dalam perhimpunan.



5. Melalui pusat-pusat perlindungan (Rumah anak-anak Yatim)



6. Menggalakkan orang Islam terutama pelajar2 tidak memakai tudung atas alasan bahawa KPM (Tan Sri Hishamuddin) arahkan memakai tudung tidak boleh dipaksakan kepada pelajar Muslim jika mereka tidak mahu pakai.



7. Menggalakkan campur gaul antara lelaki dan perempuan.



8. Menyukarkan orang Islam dalam apa jua keadaan agar mereka menyalahkan Allah. contohnya masalah disiplin pelajar Muslim diperbesar-besarkan sedangkan pelajar kristian yang melakukan kesalahan disiplin serupa ditutup. Guru2 besar dan Pengetua2 Kristian, Doktor, pengarah jabatan yang terdiri dari orang Kristian memberikan penilaian prestasi cemerlang kepada orang Kristian sahaja sedangkan ternyata mereka tidak secemerlang orang Islam dalam jabatan yang sama.



9. Di Sabah, kebanyakan pelayan-pelayan gereja adalah terdiri dari golongan profesional seperti guru, doktor, pegawai dan sebagainya yang bertugas untuk mengendalikan program kepada orang Kristian terutama golongan2 muda remaja.






Sebenarnya banyak lagi maklumat tentang usaha2 mereka untuk membudayakan Kristian dalam masyarakat Islam. lebih jauh lagi mereka mempunyai cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat Kristian di Asia Tenggara dan Asia. Mereka ingin menjadikan Malaysia sebagai Rome timur. Saya telah mengesan perbualan komuniti Kristian ini dalam facebook. Berikut ini adalah bukti dari Facebook bahawa mereka ingin menjadikan Malaysia sebagai Rome Timur, cuba teliti perbualan mereka dalam facebook di atas. di mana antara lain perkataaannya ialah "Rome not build in a day". anda semua tahu apa maknanya.


Di Sabah adalah menjadi perkara biasa jika seorang Muslim tidak datang ke kelas Pendidikan Islam. Apabila guru pendidikan Islam mengajukannya kepada pentadbir Islam mereka pula berkata "Kamu uruskan sendiri" sedangkan mereka telah diberikan amanah untuk mentadbir dan mempunyai kuasa. Bila diajukan kepada jabatan ugama, mereka mengatakan sepatutnya mereka ni yang urus, bukan kami. Ini adalah antara alasan2 yang biasa di dengar. kesukaran ini di tambah lagi dengan keengganan murid sendiri mengambil mata pelajaran pendidikan Islam. ia ditambah lagi dengan sikap ibu bapa yang acuh tak acuh terhadap tahap pendidikan anak2 mereka. apatah lagi jika ibu bapa telah bercerai di mana seorang islam dan seorang bukan Islam.


Sudah tiba masanya individu , Keluarga, golongan profesional, pemimpin negara mengambil langkah2 mempertahankan kesucian agama Islam dari diperkotak-katikkan oleh golongan minoriti kristian.






No comments:

Post a Comment