Powered By Blogger

Thursday, February 17, 2011

VALENTINE AMALAN MENYERUPAI AMALAN ORANG LAIN

Setiapkali 14 Febuari tiba, seluruh dunia akan menyambut Valentine Day ataupun hari kekasih. Pemuda dan pemudi terutama yang sedang bercinta akan menyambutnya dengan cara yang tidak islami. antara lain ialah bercampur gaul antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. menurut perangkaan statistik pembuangan bayi paling banyak berlaku pada bulan september dan oktober disebabkan ada kaitan langsung dengan seks luar nikah semasa sambutan Valentine day.

Sejarah Valentine day

Adalah sangat ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.


Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.


Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.


Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.


Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.


Sering kali kita dengar petikan hadis - sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dikalangan kaum itu, sehinggakan bila kita membuat sesuatu hal ( bukan amalan ibadat ) yang lain sikit dari orang biasa, maka hadis ini lah yang akan diucapkan.

Persoalannya ialah :

1) Bilakah seseorang itu dikatakan menyerupai sesuatu kaum?

2) Dalam hal2 apakah yang dikatakan menyerupai sesuatu kaum?

3) Bila dan sebab apa ( asbabul wurud ) hadis ini diturunkan?

4) Berapa kali kah i.e.pada insiden-insiden manakah Rasulallah s.a.w mengucapkan hadis ini?

Bilakah seseorang itu menyerupai sesuatu kaum? Ringkasnya, meniru atau mencontohi sesuatu kaum dari segi penampilan, perilaku, bahkan beriktikad dalam perayaan mereka dan budaya mereka. Berdasar larangan meniru kaum lain daripada Nabi s.a.w, jelas memaparkan hal ini. Termasuklah larangan itu, berdasarkan hadis yang dirujuk oleh sodbaro seperti di bawah;

من تشبه بقوم فهو منهم

Terjemahan: Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka

Rujuk: Direkodkan oleh Abu Daud, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a, Sunan Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437 dalam Bulughul Maram, hadis ini sahih, Zaila’ie dalam Nusub ar-Rayah, 4/347, Haithami, Majmak Zawaid, 10/274, Fathul Bari, Al-Hafidz al-Asqalani, 6/166, 10/282 – darjat hadis: hasan, Al-Albani, Ghayatul Maram, no: 198, darjat hadis: Sahih.

Kemudian datang hadis lain seperti di bawah:

من رضي عمل قوم فهو منهم

Terjemahan: barangsiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia termasuk dari mereka

Rujuk: Subulus Salam, الصنعاني, 4/1477, dari Abu Yu’la.

Hadis ini didhaifkan Al-Albani (lihat: Silsilah Dhaifah, no: 5648, juga dalam Dhaif al-Jami’) sambil mengulas, hadis-hadis lain semakna dengannya mempunyai sanad lebih kuat menunjukkan faedah daripada maksud hadis tersebut. Dalam lafaz tambahan lain, bahawa Ibnu Mas’ud r.a diajak oleh seorang pemuda ke dalam satu majlis, lalu beliau mendengar suara-suara merintih, meratap (dalam kadar melampau) sambil berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, من كثر سواد قوم فهو منهم, - barangsiapa menuruti peratapan satu kaum, dia termasuk dalam golongan mereka, ditambah lafaz - ومن رضى عمل قوم كان شريك من عمل به, - barangsiapa redha dengan perbuatan suatu kaum, maka dia bersubahat dengan mereka yang melakukannya. (rujuk: كشف الخفاء, 2/274, Sakhawi, juga dinukilkan dalam Dirayah, takhrij al-Hidayah dari perkataan gurunya, Ibnu Hajar, 2/267).

Firman Allah SWT :
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)


Ciri-ciri menyerupai suatu kaum adalah:

1. Merayakan perayaan mereka kerana setiap kaum mempunyai perayaan tersendiri, dan ia amat jelas berdalilkan hadis yang direkodkan Imam Muslim, لكل قوم عيدا وهذا عيدنا – setiap kaum mempunyai perayaan, dan inilah perayaan kita – (Sahih Muslim, no: 892).

2. Meniru budaya & tatacara hidup mereka

3. Meniru perkara khususnya berkaitan dengan simbol agama.

Lihat: Fatawa Islamiah, 1/115.

والله أعلم

No comments:

Post a Comment